Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah." (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
Mungkin setiap daripada kita mempunyai kefahaman tersendiri tentang apa itu ikhlas.
Jom saya nak kongsikan sedikit pendefinisian ikhlas :)
Abu al-Qusyairi dalam karangan beliau, Risalah, menegaskan ikhlas adalah mengesakan Allah dan mengkhususkan ketaatan kepadaNya dengan penuh kesengajaan niat, tekad dan azam.
Syeikh al-Junaid pula mengatakan bahawa:
-ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya
-ikhlas tidak dapat dikesan oleh malaikat untuk dicatat, oleh syaitan untuk digugat dan oleh nafsu untuk ia dapat menyimpang dan menyesatkannya.
Hebat kan ikhlas?
Hinggakan ianya tidak dapat dikesan oleh malaikat yang mencatat amal kebaikan kita dan yang paling penting sekali, ikhlas tidak dapat dihidu oleh nafsu untuk membisikkan kata-katanya untuk menghalang kita berbuat kebaikan. Allah! Allah! Hanya Allah yang layak dalam menentukan keikhlasan seseorang.
Allah telah berfirman:
"...Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." Al-Kahfi:110
"Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu (Muhammad) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadanya." Az-Zumar:2
Mari saya bawa anda kepada situasi-situasi yang tidak menunjukkan keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu :)
Situasi 1:
"Minah, ambik la duit ni. Aku ikhlas tolong kau."
Situasi 2:
"Kak Senah...si A tu betul-betul tak kenang budi. Masa dia susah saya yang banyak tolong dia. Ikhlas saya tolong dia. Tapi, bila senang, saya dilupakan."
haaa...kan dah kata, ikhlas tu RAHSIA. mana boleh bagi tau orang...dah buat baik tapi mengaku dan cerita pulak kepada manusia lain yang kita ni ikhlas. Cemana tu? Fikirkan.
Kata Dr. Robiah dalam kuliahnya, kalau kita benar-benar ikhlas, kita takkan keluarkan perkataan, "aku ikhlas" dalam percakapan dan mengungkit apa yang dah kita buat walau macam mana marah sekali pun kita pada seseorang tu. Seorang suami jugak takkan tau apa yang isteri dia buat. Hanya KITA dan ALLAH saja yang MENGETAHUI.
Kata Dr. Harlina pula, ikhlas akan jadi 'pelindung' kita daripada tekanan, dugaan, cubaan dan rasa was-was. Bila kita ikhlas melakukan sesuatu, lillahita'ala (kerana Allah), pastinya kita akan berasa tenang. Kita tidak perlu memikirkan 'apa orang cakap nanti?'. Kita lakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaanNya.
Best kan ikhlas?
Tak perlu nak stress fikir apa orang nak kata, boleh buat benda baik ikut suka hati kita. Dapat pahala lagi =)
Nak tau samada benda yang kita buat tu ikhlas ke tak?
Ni antara checklist yang boleh kita lihat:
1.tak mencari populariti
2.tak rindukan pujian daripada manusia (perlu diingatkan yang PUJIAN ni UJIAN Allah. Nak tengok betul ke kita ikhlas :)
3.tak mengharapkan balasan daripada manusia
4.tak mudah kecewa
5.dahagakan nikmat dalam beramal
6.tak membezakan di antara amal yang besar dan amal yang kecil
Anda tergolong dalam golongan di atas?
Alhamdulillah!
Teruskan beramal :)
Saya tinggalkan anda dengan poem 'Anyway' by Mother Teresa, which the basis= IKHLAS. Baca dan fikirkan =)
People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.
Give the world the best you've got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.
It was never between you and them anyway.
Wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment