Manusia tidak akan terlepas daripada masalah. Masalah itu adalah 'rencah' yang akan mengindahkan lagi hidup di dunia yang sementara ni. Kenapa?
Sebab masalah dan ujian ini lah yang akan membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, tingkatkan lagi iman kita dan insyaallah, ujian jugak akan jadikan kita ni orang yang bertaqwa. Indah bukan? :)
Bila kita ada masalah, kita akan ingat Allah, minta tolong dengan Allah.
Allah kan suka dengan hamba Dia yang selalu berdoa dan meminta kepadaNya :) Insyaallah, Allah akan perkenankan doa hambaNya yang meminta.
Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu..." Al-Mu'min:60
Sebagai seorang hamba, kita perlu bersangka baik dengan Allah. Kita kena bersyukur sebab Allah bagi kita ujian. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Kadang kala ujian yang datang adalah kerana dosa-dosa kita juga. Mungkin Allah tak mudahkan kehidupan kita kat dunia ni sebab pengingkaran dan maksiat yang kita buat terhadapNya.
Kalau Allah tak bagi kita ujian walau pun kita berbuat maksiat dan berbuat dosa pada Dia macam mana? :(
Tu namanya istidraj.
Apa itu istidraj? "Istidraj adalah kenikmatan yang Allah berikan walaupun kita ingkar kepadaNya, bukan untuk menandakan Dia tidak kisah akan dosa kita, tetapi menandakan bahawa Dia tidak lagi peduli dengan kita dan hendak membiarkan kita ke neraka. Maka apalah sangat nikmat dunia yang sedikit ini yang Dia berikan terlebih dahulu kepada kita, berbanding nerakaNya yang sangat dahsyat yang akan Dia berikan kepada kita di akhirat sana." -Hilal Asyraf-
Moga saya dan anda dijauhkan daripada golongan ini dan sentiasa diuji untuk terus beriman kepadaNya.
Bila bukak 'surat cinta' Allah. Allah ingatkan saya semula. Dalam surah Al-Ankabut, ayat 2, Allah kata;
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu."
dan dalam surah yang sama, ayat 64 Allah ingatkan saya yang, "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui."
Ouucchhhhh!!! Terasa muka ni panas dan rasa macam kena hempap dengan batu besar masa tadabbur surah Al-Ankabut.
Jadi sekarang, " cukuplah wahai hati, cukuplah bagimu mencintai dunia semata, cukuplah sudah masa untukmu bermain di lapangan dunia. Sampai di sini sahaja wahai hati, sekarang mari kembali kepada TUHANmu"
Al-Quran saya belek lagi...kali ni Allah cakap;
Katakanlah (wahai Muhammad):"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Zumar:53
Hah! hamik kau...! <kata2 dalam hati > Rasa cam kena tampar pulak kali ni...hohoho
Cukup-cukup lah melayan perasaan dan cinta dunia. Jom bangun balik, persiapkan diri dan teruskan hidup sebagai hambaNya...!
Macam mana?
TAUBAT!
Bila belek-belek buku nota, ada tercatat ayat ni;
"kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun Maha Penyayang. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat sebenar-benarnya." Al-Furqan:70-71
Wuuuhhhuuu...! Speechless...
Nak apa lagi? Semua Allah dah bagitau dalam 'surat cinta' Dia...PERFECT! :)
Teringat saya kata-kata Hilal Asyraf dalam bukunya, 'Batu bata Kehidupan',
Manusia ni ada waktunya akan berada di atas dan ada waktunya akan berada di bawah. Sebaik-baik manusia adalah apabila dia berada di bawah, dia akan bersegera untuk naik semula ke atas.
Kita tau kan yang manusia semuanya melakukan dosa? Nak tau tak? Sebaik-baik pendosa adalah yang bersegera dalam taubatnya.
Maka siapakah kita?
Mode: Muhasabah diri
Nak lihat sejauh mana keimanan kita kepada Allah?
Jom ukur 'layanan' kita terhadap dosa.
Orang yang beriman akan bersegera kembali kepada Allah lepas sedar yang dirinya jauh daripada Allah. Sebaliknya, orang yang imannya lemah dan tidak sihat, akan terus seronok melakukan dosa dan melambat-lambatkan urusan untuk kembali kepada Allah.
Hmmm...kita dalam golongan yang mana?
Wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment