Monday, 28 May 2012

HAUS?



Posted by:  (langitilahi.com)
Anda pernah rasa begitu dahaga? Apakah yang anda lakukan ketika tekak terasa begitu dahaga sekali?
Pastilah kita akan mencari air, bukan? Di Malaysia, mungkin kita tidak begitu merasai perasaan begini, kerana nikmat begitu banyak di Malaysia. Tetapi, di Somalia, mereka yang telah lama hidup dalam kebuluran telah menjiwai perasaan ini, bukan sehari dua, tetapi bertahun lamanya.
Rasa dahaga di tekak, mampu dihilangkan dengan air.
Tetapi, rasa dahaga di jiwa, tidak ada unsur kebendaan atau materialisme yang dapat menghilangkannya.
Jiwa yang kedahagaan menyebabkan tidak bertemu jalan menuju bahagia hakiki.
Jiwa yang kedahagaan menyebabkan kita sesat dalam belantara fatamorgana dunia.

MAKNA BAHAGIA DI MANA?
Ada orang mencari makna bahagia sebenar dalam kehidupannya, tetapi tidak juga bertemu dengannya.
Ada orang mencari makna bahagia pada harta dan kekayaannya, tetapi yang dia jumpa akhirnya hanyalah derita.
Ada orang mencari makna bahagia pada kedudukan dan pangkat hebat, tetapi yang dia jumpa akhirnya hanyalah fitnah yang menyesakkan dada.
Hakikatnya, di manakah bahagia yang sebenarnya?
Saya pernah berjumpa dengan orang yang menjadikan rokok sebagai sumber ketenangannya. Bila dirasakan tekanan atau stress, maka dia pun mula mencari dan menghisap rokok.
Ada juga yang memenuhkan jadual hariannya dengan muzik dan filem, kerana disangkan pada semua itu, dapat berjumpa makna bahagia.
Tetapi, sebenarnya bertemukah bahagia pada semua itu?

SEMAKIN DAHAGA
Jiwa tidak terisi hakikatnya. Bukan bahagia yang datang, tetapi derita pula yang menyerang. Bukan ketenangan yang diperolehi, tetapi keresahan pula yang mengisi hati.
Semakin diisi dengan perkara-perkara begitu, semakin terasa hausnya. Dahaga dan semakin dahaga.
Dicuba semuanya, tetapi tidak berjumpa. Hiburan sudah, rokok pun sudah, movie pun sudah. Nak dikatakan miskin, harta melimpah ruah. Nak dikatakan kerja lekeh, pangkat pengurus dan pengarah besar syarikat. Tetapi entah kenapa jiwa masih terus rasa resah. Ada satu keserabutan yang tidak dapat terungkai dengan semua itu. Walaupun jelas semua itu nampak hebat di mata manusia, tetapi di dalam jiwanya ada keserabutan yang tidak akan diketahui dan difahami oleh sesiapapun.
Umpama orang dahaga, yang minum air laut. Bukan semakin hilang dahaganya, tetapi semakin bertambah pula hausnya. Minum juga, tetapi minum air yang salah.
Begitulah juga jiwa kita. Bila diberi ‘minum’ minuman yang salah ketika jiwa kita sedang dahaga, maka ia sekali-kali tidak mampu mengisi dan menghilangkan kedahagaan itu.

HILANGKAN DAHAGAMU !
Tidak ada yang dapat menghilangkan dahaga itu melainkan kembali merapat kepada Allah s.w.t.
Itulah sebaik-baik penghilang dahaga.
Jauh dari Dia, adalah punca kedahagaan yang melanda jiwa kita. Kita selalu mengabaikan-Nya meskipun dalam solat kita, bahkan kalam-Nya jarang kita tatap dan hayati.
Menyebabkan kita harus terpaksa mencari pengganti yang tidak layak pun mengganti kedudukan semua itu untuk mengisi kedahagaan di dalam jiwa kita.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.”
Itulah ubat sebenar kepada kedahagaan kita. Yang kita tidak akan temukannya pada apa-apa unsur kebendaan melainkan hanya pada Dia.
Kerana pemilik kepada jiwa kita ini adalah Dia, maka Dia sahajalah yang mengetahui keadaan hati kita. Ketika kita dilanda oleh kesusahan dan keresahan yang tidak dapat difahami oleh mana-mana manusia pun hatta yang rapat dengan kita, Dia tetap memahami dan mengetahui itu semua.
Dia tahu segala-galanya yang ada di dalam jiwa kita. Dia tahu betapa mudahnya jiwa kita berbolak-balik dan bertukar arah. Lantaran itulah, Dia tidak pernah tinggalkan kita keseorang begitu sahaja, terkapai-kapai hanyut dibawa arus dunia.
Dia tinggalkan panduan untuk kita, supaya dari panduan itu, kita mampu mengisi kekosongan di dalam jiwa yang tidak mungkin dapat diisi oleh sesuatu yang lain.
Tinggal kita sahaja, mahu mengambilnya atau mahu meninggalkannya?
Bahagia itu hakikatnya terlalu dekat dengan kita, tetapi kitalah yang salah kerana meninggalkannya.

PENUTUP : SEGERAKAN. JANGAN SAMPAI JIWA KITA MATI
Segerakanlah. Sebelum dahaga itu bertambah teruk, mengundang lebih banyak bencana kepada kita, segeralah kembali rapat kepada-Nya.
Akrab dengan-Nya adalah satu-satunya jalan memperoleh bahagia hakiki.
Akrab dengan-Nya adalah ubat kepada kedahagaan ini.
Meninggalkan-Nya, adalah bencana kepada jiwa kita. Ia akan menyebabkan jiwa kita jatuh sakit, dan lama-kelamaan mati kekontangan kerana tidak mendapat bekalan sepatutnya.
Sebelum jiwa kita menjadi lebih parah, segerakanlah diri kita untuk kembali rapat kepada-Nya.
Ubat kepada segala masalah di dalam jiwa kita, ada pada-Nya. Tinggalkan percaya kepada-Nya, pastilah Dia akan datangkan ketenangan dan bahagia di jiwa kita untuk menghadapi semuanya !

Friday, 9 March 2012

Keutamaan Hari JUMAAT

In the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

Assalamualaikum, moga semua berada dalam rahmat dan keredhaan Allah.
Saya nk berkongsi tentang keutamaan hari Jumaat, yang saya ambil daripada perkongsian saudara Sham Kamikaze. Selamat membaca dan moga bermanfaat :)



Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya: 

1.  Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya. 

2.  
Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga. 

3.  
Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة . 

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.”                  [HR Muslim, no. 854] 

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz: 

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ ....... 

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

4.  Hari Jum’at merupakan
keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى. 

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855] 


Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ. 

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856] 

5.  Pada hari Jum’at ini terdapat
saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ. 

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852]


Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

“(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"


PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT


Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu; 
Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. 

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
[Al Jumu’ah: 9] 

Kewajiban ini bersifat
fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, KECUALI lima golongan iaitu:
-hamba sahaya
-wanita
-anak kecil (yang belum baligh)
-orang sakit dan musafir.

Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ. 

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit"

Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ 

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4]

Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut.
 Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ. 

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857]


Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ. 

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] 


Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya:
Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ. 

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856]


Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ. 

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." 

[HR Muslim, no. 652]

Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ.


"Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." 

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ. 

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." 


Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu, 

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ. 

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862]


Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). 
Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya,

“Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858]

(Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ. 

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605]
Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Moga setiap daripada kita mendapat barakah Jumaat Allah yang mulia.

Wallahu'alam.

Tuesday, 28 February 2012

Untuk Kita Pendosa - Tenanglah Jiwa Damailah Hati

In the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

                                                                    Picture by http://shanlin92.deviantart.com/


Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.
Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian menyerang jiwa dan hati. Akhirnya akal tidak mampu berfikir dengan baik dan hati mula tidak tenang. Rasa sukar. Kadangkala seakan hilang oksigen untuk bernafas.
Rasa tersepit di hujung dunia. Seperti matahari telah hilang cahaya gayanya.
Di sinilah kita perlu memujuk diri.
Tenanglah jiwa, damailah hati.
Rasa keperluan untuk berpaut?
Kita rasa gundah sangat. Kita rasa sakit sangat. Kita rasa kita perlukan tempat meluah rasa. Kita rasa kita perlukan ada orang memahami kita. Ya, kita manusia. Bukan android tanpa jiwa.
Tetapi kita tidak mampu menyuarakannya. Adakalanya orang pula tidak mengerti keadaan kita. Mereka hanya suka melihat kita tersenyum, tetapi menjauh apabila kita menitiskan air mata. Lebih buruk lagi, ada pula yang membenci apabila kita gembira, dan bersenang hati apabila kita berduka.
Namun kita adalah manusia. Ingin berpaut. Lemah dan hendak dipapah.
Siapa yang mampu mendengar semua kesedihan kita? Siapa yang hendak memahami?
“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada tuhan lain selain Allah? Sedikit sekali kamu yang memperhatikannya.” Surah An-Naml ayat 62.
Ya, sekali antara kita memerhatikan, meneliti, akan kasih sayang Allah kepada kita.
Rupanya, Allah sentiasa ada.
Membuka peluang untuk kita berpaut kepadaNya.

Tenanglah jiwa
“Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sunyi sepi(berakhir)” Surah Ad-Dhuha ayat 1&2.
Bagaimanakah waktu dhuha? Bukankah telah cerah? Ya. Cerah. Tiada sekelumit gelita ketika dhuha. Itulah dia sebenarnya apabila malam telah pergi.
Tidakkah kita melihat kepada Dhuha? Begitulah juga segala keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi, semuanya akan berhenti sebagaimana berakhirnya malam da digantikan dengan kecerahan dhuha yang tiada langsung kelam pada waktunya.
“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan tidak pula Dia membenci” Surah Ad-Dhuha ayat 3.
MasyaAllah…
Tuhanmu tidak meninggalkanmu. Dan tidak pula Dia membenci.
Dugaan, cabaran, ujian, semuanya bukanlah bentuk kebencian Allah SWT. Hatta bala bencana yang menimpa juga hakikatnya dalam ruang kasih sayangNya yang luas. Dia ingin kita kembali kepadaNya, kerana kembali kepadaNya adalah satu-satunya cara mencapai kebahagiaan.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Allah Yang Maha Besar itu. Allah Yang Maha Hebat itu. Allah Yang Tiada Tandingan itu. Allah Yang Maha Kaya itu. Allah Yang Berkuasa Atas Segala-galanya itu. Allah Yang Menciptakan Segalanya itu.
Tidakkah jiwa terasa tenang?

Damailah hati
Tekanan itu milik Allah. Cabaran itu datangnya daripada Allah. Mehnah dan tribulasi semuanya diatur oleh Allah SWT. Tujuannya adalah untuk mendidik kita. Untuk mengangkat kita ke satu darjat yang lebih tinggi. Jika tidak, para Rasul dan nabi tidak akan diuji.
Allah ingin memerhatikan siapa antara kita mampu menjadi hambaNya yang terbaik.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Surah Al-Mulk ayat 2.
Tetapi Dia tidak akan menguji tanpa memberikan bantuan dan sokongan.
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu? Dan Kami telah meringankan untukmu beban, yang memberati tanggunganmu,?” Surah Asy-Syarh ayat 1-3.
Bukankah Kami yang telah melapangkan bagimu dadamu? MasyaAllah…
Allah, Allah, Allah.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Surah Asy-Syarh ayat 5-6.
Maka damailah hati. Selepas kesukaran kita yang sedang kita hadapi ini, percayalah akan ada kesenangan yang menanti.
Percayalah.

Penutup: Sudah.
Menyedari hakikat betapa kita diuji ini, kita sedang bersama Allah SWT, itu akan menambah kekuatan kita. Menyedari betapa kasihnya Allah kepada kita, itu akan melapangkan jiwa kita.
Ya. Memang payah apabila manusia lain tidak memahami penderitaan kita. Lebih pahit sekiranya manusia lain itu pula menuntut untuk kita memahami mereka. Tetapi itulah lumrahnya.
Tetapi Allah tidak demikian. Dia paling memahami. Dia paling mengetahui. Dia mendengar semua rintihan. Dia memberikan bantuan.
Sudah.
Tenanglah jiwa, damailah hati.
Allah akan membalasi kesabaran ini. Allah akan ganjari keperitan jiwa ini. Allah akan bayar semula kesusahan yang kita hadapi.
Yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersabar, dan berusaha menghadapi serta menyelesaikan apa sahaja masalah yang menghampiri.
 -langitilahi.com-