Thursday, 22 December 2011

'Sayonara Jahiliyyah'

Sy mulakan dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah dengan izinNya, dpt saya menulis di ruangan ini. Tidak lah banyak ilmu sy…akan tetapi doa sy agar Allah sentiasa memberi ilham untuk sy berkongsi dengan anda di sini. Di harapkn agar penulisan yang tidak seberapa ini dpt memberi manfaat buat kalian semua. Insyaallah =) sebenarnya, sy masih berfikir bagaimana untuk mulakan penulisan ni =) blog ni ada pn sbb dorongan daripada seorang kawan dan jugak dgn izin Allah...jadi, sy kira baik kalau kita mulakan dengan kisah diri sy :)
sy adalah insan kerdil yang masih lagi bermujahadah mencari cintaNya…hmmm…mujahadah? Senang kan untuk kita ucapkan…tapi untuk istiqamah dalam melawan nafsu dan segala keinginan bukanlah sesuatu yg mudah…kene korbankn ape yg kita suka, keinginan hati dgn prkara2 duniawi…tapi kannn…kite akan dpt sesuatu yg sangat berharga d hujung mujahadah nnt tau :) ape dia ye?

KENIKMATAN YG PALING BEST!  ketenangan yg abadi dn syurga Allah =)

Jom sy nk cerita tntg penghijrahan sy ^__^ dlm masa lebih setahun ni, sy telah lakukan satu penghijrahan yg besar sy kira dlm hidup sy…berubah luaran dn dalaman…sy mula berubah dgn membersihkan hati yg penuh dgn titik2 hitam…dari hari ke hari, sy berjanji utk terus improve dri sy dgn perkara2 baik yg Allah suka dn suruh…kalau dulu, solat 5 waktu sy x jaga…tp skrg, alhamdulillah…solat amat sy titik beratkan.. bagi sy, kalau nk berubah sy harus mulakan dgn solat sbb ia merupakan ‘platform’ utk kita berkomunikasi dgn Allah…tenangnya rasa hati bila ‘bercakap’ dgn Allah dlm solat =) kan Allah dah kata;

"(iaitu) orang2 yg beriman dan hati mereka menjadi dgn mengingati Allah. Ingatlah, hanya dgn mengingati Allah hati menjadi tenteram."  (Ar-Ra'd:28)

ade lg ni sy nk kongsi :) dulu...sy x suka sgt dgn usrah...sy akn ckp mcm ni dlm hati, "elehhh...usrah tu utk org2 alim pakai tudung labuh je...aku ni? tak sesuai nk usrah2" haiii...betapa la jahilnya sy dulu...sedih :(
tp skrg...sy dh mula 'usrah-ing'...alhamdulillah :) dan skrg  sy dh ‘pandai’ jaga aurat :) insyaallah...

bila fikir2 balik kan…knape la dulu sy tak blh nk fikir utk jaga aurat semua sedangkan ianya sesuatu yg wajib…well, hidayah Allah tu datang dgn tak di sangka2 kn…sy rasa sy adalah org yg paling bertuah sbb Allah pilih dn bg hidayah Dia pd sy…Allah sayang sy…Allah tunjukkan jalan dan permudahkan sy utk ‘balik’ pd Islam...dulu sy mengaku sy ni Muslim…tp Muslim hnya pd nama dn bkn pd perbuatan…Allah suruh jaga solat…Allah suruh jaga aurat…tp knape la sy tak buat…malu sgt dgn Allah…Allah bg sy nikmat yg trlalu banyak…sy makan dgn rezeki yg Allah bg….bernafas dgn udara yg Allah bg…melihat dgn mata yg Allah bg…segala2nya Allah bg…tp knape nk buat dn ikut ape yg Allah suruh tu susah sgt? Itu adelah persoalan yg sering menerjah benak minda sy suatu masa dulu sblm sy berhijrh :(

let’s proceed… =) mungkin sy blh bagi gambaran yg mcm ni… kat dunia ni semua organisasi dn syarikat2 ade CEO (Chief Executive Officer) kn? dn semua pekerja yg bekerja kt syarikat tu akan ikut arahan dn perancangan yg dh di atur oleh CEO dn management team dia…setiap CEO akan lakukan yg terbaik utk syarikat dia bg mendapatkan keuntungan…sebab… CEO ni dh buat analisis dn segala macam benda utk pastikan perancangan dia akn menghasilkan keuntungan yg berlipat ganda…so, bila pekerja tak ikut ape yg di suruh, pekerja tu mungkin akan di potong gajinya, di turunkan pangkat atau di buang kerja…
jadiii…sama jugak la dgn dunia ni…Allah adalah ‘CEO’ yg mentadbir dunia ni…Allah dh aturkan segala2nya utk kita semua…Allah dh rancang ape yg terbaik utk kita semua…sebab ape? sebab…Allah nk bg kita senang utk dapatkan pahalaNya…dn kalau tak buat, dpt la dosa...Allah dh bg ‘guidelines’ utk kita patuhi…nk dpt pahala dn syurga ni senang jeee :) ikut ape yg Allah suruh…bile dh ikut, dpt la pahala…dpt la masuk syurga Allah yg penuh dgn kenikmatan tu…senang kan? Heeeeeee ^__^

tapiii...ada org kata, ‘cakap mmg la senang…nk buat tu susah tau tk…’ tak boleh nk tunjuk rambut yg cantik ni kat org la…tak boleh pakai seksi2…tak boleh itu…tak boleh ini…semua yg best2, semua tak boleh…mmg la semua tu tak boleh kan…ingt Allah suka2 ke larang tak boleh buat itu dn ini? Mesti la ade sebab…emmm...knape Allah suruh tutup aurat? Antaranya: (Ni sy ambil daripada Ustaz Zaharuddin)
  1. untuk elakkan gangguan daripada golongan yg berhati jahat. Jom sy bawak anda pd perumpaan ni... Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. 
  2. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif.  Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. 
ahaaa! Best kn kalau tutup aurat? =) org lelaki yg hatinya tdk baik tak kacau kita…pastu blh prevent kita drpada penyakit kulit lg…hehe :) kalau tak tutup aurat, kan susah? =)

panjangnye sy tulis kn? jd, sy nk stop kat sini dlu…insyaallah sy akan kongsikan pengisian dn artikel2 yg best dlm blog ni =) tapii…sebelum sy stop, sy nk bagi anda2 semua utk bace ‘love letter’ yg Allah bg ni…heeeeee ^__^ ayat 20-22 dlm surah at-Taubah…

Allah menyatakan: “ Orang2 yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dgn harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang2 yg mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dgn memberikan rahmat, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh didalamnya kesenangan yg kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allah pahala yg besar.”


Ahaaahh! Seronok kn? Allah dah janji nk bagi kite syurga dan kesenangan yg kekal kalau kita berhijrah dn berjihad di jln Allah…jadi kwn2, jom la…kita mula berhijrah utk syurga yg abadi  =)
Mungkin ade org akan kata mcm ni , “Saya belum dapat hidayah, belum masanya untuk saya berubah

Hakikatnya...
hidayah itu perlu dikejar dan dicari. Bukan sekadar dinanti. Namun tidak dinafikan, mereka yang menanti hidayah juga sebenarnya akan memperolehnya. Apa tidaknya, kebanyakan mereka yg meninggal dunia mendapat hidayah di dalam kubur. Sebab itu, mereka memohon kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia dan berjanji sesungguh hati untuk beramal. ~kata2 yg sy petik daripada Sham Kamikaze~
Jadi, renungkan bersama sahabatku semua =)
sy nk kongsi satu video ni...tajuknya 'Sayonara Jahiliyyah'...



Selamat menonton! Assalamualaikum =)

No comments:

Post a Comment