Saturday, 31 December 2011

Ahlan wa sahlan 2012, sayonara 2011

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.


31 Disember 2011...


Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya hanya beberapa jam sahaja lagi. Saya pasti setiap daripada kita mungkin menyambut tahun baru atau mungkin tidak. Bagi kita yang menyambut tahun baru, ada satu persoalan yang perlu kita fikirkan. Jika tahun baru hijrah kita sambut dengan membaca doa akhir tahun dan diikuti dengan doa awal tahun, bagi tahun masihi ini dengan cara yang bagaimanakah ianya disambut?


Adakah ia disambut dengan menghadirkan diri ke satu tempat yang menyediakan platform untuk menyambut tahun baru dengan cara yang berteraskan ISLAM seperti KEMPEN ANTI-ZINA dan HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI? atau anda menyambutnya dengan pergi ke KONSERT TAHUN BARU yang banyak diadakan di pusat bandaraya Kuala Lumpur? atau dengan perkara2 LAGHA yang lain? moga kita dijauhkan daripada menyambutnya dengan perkara yang lagha. Aminn...


Jika iman teguh di hati atau masih ada iman yang berbaki di hati, kita mungkin akan berfikir dua, tiga, empat atau sepuluh kali dengan cara yang bagaimanakah kita ingin tahun baru ini disambut. Ingin saya kongsikan beberapa ayat daripada 'surat cinta Allah' =)


Dalam surah Al-Anfal ayat 2, Allah berfirman:


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."


Berdasarkan ayat di atas, kita boleh lihat banyak mana iman kita. Bila ayat-ayat Allah dibacakan, bergetarkah hati kita? Takutkah kita dengan azab Allah? atau hati kita ni rasa kosong? seolah-olah tiada apa2 kesan daripada bacaan ayatNya. Apabila kita 'rasa' yang Allah itu sentiasa dekat, insyaallah kita akan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukaiNya.


Seterusnya dalam surah yang sama ayat 20-22, Allah menyeru orang-orang yang beriman ini supaya taat kepada Allah dan rasulNya dan tidak sama sekali berpaling daripadaNya setelah mendengar perintahNya. Barangsiapa yang berpaling daripada perintah Allah kerana hati mereka mengingkari, maka munafik lah mereka. Di dalam ayat 22, Allah menegaskan, "Sesungguhnya makhluk yang bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."


AllahuRabbi! Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik.


Dah tau apa yang Allah suka? apa yang Allah tak suka? Let us do things yang Allah suka!


Jom sama2 muhasabah:


Seorang pembuat maksiat berkata: "Ya Allah, aku berbuat maksiat tapi hidupku tetap selesa, rezekiku mencurah, keluargaku bahagia. Mengapa Engkau tidak menghukumku?"
Allah menjawab: "Aku telah menarik nikmat kemanisan kau beribadah dan munajat pada-Ku. Itulah bentuk hukumanKu padamu."



Allah! Allah! Allah!


Moga Allah tidak menghukum kita dengan menarik nikmat kemanisan beribadah kepadaNya...amin!!!


Titipan doa saya buat semua yang saya kenali, moga tahun baru yang mendatang akan menjadikan kita orang yang lebih beriman dan bertaqwa. Moga kita ditempatkan di dalam golongan yang di redhaiNya dan moga kebahagiaan hakiki milik kita...aminnn!


Mohon maaf untuk semua kekhilafan saya =)




No comments:

Post a Comment