Friday, 24 February 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 - Wasathiyyah dalam Ibadah

WASATHIYYAH DALAM IBADAH
-Ustaz Dr. Roslan Mohamed, Ustaz Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar & Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman-

Tujuan penciptaan manusia:
Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaku.”
Az-Zariyat:56

Allah menciptakan manusia dengan tujuan untuk kita melaksanakan ibadah hanya kepada Allah kerana hanya Dia yang memberikan segala nikmat (i.e: nikmat kehidupan, nikmat akal, nikmat dijadikan alam semesta untuk manfaat manusia, etc.)

Objektif ibadat:
·         Untuk mencapai wawasan akhirat – merealisasikan pengabdian antara hamba dan Tuhannya .
·         Untuk kehidupan di dunia – mengukuhkan kasih sayang antara hamba dgn semua manusia dan makhluk yg lain.
·         Kukuhkan penyucian jiwa kita dgn nafsu diri.

Pembahagian ibadat
i.                     Ibadat wajib
ii.                   Ibadat sunat
iii.                  Ibadat zahir
iv.                 Ibadat batin
*ibadat wajib yg zahir termasuk solat, puasa, zakat, menunaikan haji.
*ibadat sunat – baca al-Quran, berzikir, berdoa, selawat kpd nabi s.a.w. dan keluarganya.
*ibadat batin – keikhlasan niat hanya kerana Allah, bertaubat kpd Allah, takut kpd Allah, tawakal, bersabar, bersyukur atas nikmatNya, cinta kpd Allah, mengharapkan rahmat Allah, mengingati Allah dlm semua urusan kita.
Pendek kata, apa jugak yg kita buat semuanya ibadat (i.e: mengukuhkan kasih syg sesama makhluk, bantu membantu, amr ma’ruf nahy munkar, memuliakan anak yatim, membantu org miskin, etc.)

Konsep wasathiyyah dalam ibadat:
First of all, wasathiyyah maksudnya kesederhanaan.
Cemana nak wasatiy dalam ibadat?

Firman Allah:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yg telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” Al-Qasas:77
-dalam firman Allah tu, Allah menuntut kita utk guna nikmat yg Allah bagi utk kita beribadat kpd Allah, taat perintah Dia n tinggalkn benda yg Allah larang untuk bahagia dunia akhirat.

-tapi dlm kita beribadat kpd Allah, kita tak abaikan keperluan kita kat dunia ni (i.e: makan, minum, tmpat tinggal, pakaian, etc.)

-sebagai manusia, kita kena laksanakan hak yg dipertanggungjawabkan (i.e: hak beribadat kpd Allah, hak kepada diri, hak kpd keluarga, hak kpd masyarakat, etc.)

-jadinya, mcm tu la wasatiy dlm beribadat à kita gabungkan antara keperluan dunia dan akhirat tanpa abaikan salah satu daripadanya.

-ada banyak hadith yg jelaskn pasal wasatiy dlm ibadah ni. Antaranya, beberapa org sahabat nak buat solat malam tanpa tido, puasa tanpa henti dan kawal syahwat tanpa kahwin. Tapi Rasulullah s.a.w tegah. Nabi s.a.w. kata, “maka sesiapa yg berpaling drpada sunnahku maka dia tidak termasuk daripadaku.” Nabi s.a.w. pun berpuasa jugak tapi baginda berbuka, bersolat malam dan tido, nabi s.a.w. jugak berkahwin.

Conclusion:
-kita diciptakan adalah hanya untuk beribadat kepada Allah.
-wasatiy dlm ibadat menekankan pencapaian wawasan akhirat tnpa melupakan kehidupan dunia.
-apa yg dianjurkan oleh Islam sangat meraikan perbezaan keadaan manusia (i.e: sihat & sakit, lemah & kuat, muda & tua, etc.)
-Islam bukan hanya tekankan aspek pelaksanaan ibadat je, tapi Islam jugak tekankan aspek kemudahan dn keringanan dlm beribadat.

Wallahualam.







No comments:

Post a Comment